~Meh nyelam ngan anak_ikan©~




Thursday, February 16, 2006
dua org budak comot...


Posted at 10:31 am by anak_ikan
Comments (2)  

anakku sayangggggg

amboiii, dah pandai baca ujang erkkkk...


Posted at 10:02 am by anak_ikan
Comment (1)  

Wednesday, November 09, 2005
perkahwinan kita

Ayang,

sedarlah kita bahawa pernikahan ini telah menyingkap tabir rahsia.  Isteri yang ayang nikahi ini tidaklah setaqwa Aisyah, pun tak setabah Fatimah.  Justeru isterimu ini hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punyai cita˛ menjadi seorang yang solehah...  Mama pun sedar bahawa ayang tidaklah semulia Nabi Muhamad s.a.w, tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub, ataupun tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf... Ayang hanyalah seorang suami akhir zaman yang mempunyai cita-cita membangun keturunan yang soleh & solehah...

Dengan pernikahan inilah kita mengenal erti tanggungjawab bersama... ia banyak mengajar kita erti kewajiban bersama.  Mama menjadi tanah dan ayang lah langit penaungnya... mama menjadi ladang tanaman dan ayang lah pemagarnya... mama adalah kiasan ternakan, manakala ayang lah gembala nya... mama adalah murid dan ayang lah mursyid nya... mama bagaikan anak kecil manakala ayanglah tempat bermanja... Ayang menjadi pelindung, mama menjadi penghuni.  Ayang menjadi nakhoda kapal, mama menjadi navigatornya.  Ayang bagaikan pelakon yang nakal, mama adalah penonton setianya.  Saat ayang menjadi raja, mama lah permaisuri singgahsananya. 

Tatkala mama menjadi madu, ayang tengoklah sepuasnya... namun tatkala mama menjadi racun, ayang jadilah penawar bisanya... seandainya mama tulang yang bengkok, berhati-hatilah ayang dalam memperbetulkannya...

Pernikahan ini menginsafkan kita... perlunya iman dan taqwa dalam meniti kesabaran dan keredhaan Allah s.w.t.  Mama sedar ayang hanya memiliki seorang isteri yang tak sehebat mana... tak sekental Fatimah...  Mama sedar bahawa mama tak sebegitu sempurna dalam menjaga makan minum, pakaian dan tidur ayang... Mama bukanlah Siti Hajar yang begitu setia dalam sengsara, mama hanyalah seorang wanita akhir zaman yang berusaha menjadi isteri & ibu solehah... Insya-Allah... Semoga Allah kabulkan permintaan kita sekeluarga... Insya-Allahhhh
Aminnnnn...
 

Posted at 02:05 pm by anak_ikan
Comments (2)  

Thursday, October 27, 2005
graduate dulu VS graduate sekarang

Peace be upon you.  Thanks to the Almighty Allah. Saya bukanlah nak menakut-nakutkan tetapi kenyataan dan hakikat harus diberitahu kepada umum sebagai satu persediaan untuk menghadapinya.  Let's we reverse back ten years ago in our belove country.  Cuba ambil masa sejenak untuk membayangkannya.

Bayangkan dedaun kelapa yang melambai-lambai.  Ehhh..ehh apa kene mengena dengan pokok kelapa ni pakcik?  Silap-silap ...dulu-dulu kalau kita kenang-kenang balik kan, kalau kita habis aje universiti dua tiga hari sampai surat tawaran untuk kerja.  Itu dulu adik-adik.  Sekarang dah lain.  Dulu orang keluar universiti terus boleh dibilang dengan jari kaki tangan. 

Sekarang ini yang keluar universiti macam tamat tingkatan lima.  Banyak.Beribu-ribu lemon. Tu tidak kira graduan online lagi.  But adik-adik (brothers and sisters) this does not mean we have to be fear.  But we need to have hope and ambition.  Be ambitious.  Kita juga mesti bersedia menukar persepsi pendidikan kita. 

Pendidikan adalah untuk memberi kita satu ilmu.  Penilaian dan penghargaan terhadap ilmu mestilah diperhatikan semula.  Ingat pendidikan adalah satu ruang untuk mendewasakan kita.  Dewasakan diri kita dengan ilmu.  Ingat... ilmu itulah yang akan menaikkan darjat kita.  That's a way to get love from Him the Almighty Allah.  Insya- Allah...

Share  A Light With the Others    


Posted at 11:33 am by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Wednesday, September 28, 2005
Thanks to Allah for all the Blessing...

Look at outside your windows and think for a second.  All what you see is belong to Allah.  Even yourself.  So anything belong to you are belong to Him.  But you are given the freedom to manage it.  It is very important to have a knowledge how to manage our properties. 

Somebody who could not manage his properties will lost in the future.  So here I'll give you an idea how to manage you properties.  The most basic managing is to divide your properties is to divide into three portions.  I mean your profit from your business.  The first portion is for our family.  Second portion is for the needy.  The third portion is for recycling your business.

This does not mean your have to divide it in same rate.  The ratio is up to you.  But the portion must be at least three or you can add it up.  If we ignore one of this basics portion we will suffer.  If we ignore the third portion we'll no get anything profit in the future.  If we ignore the second one, our society will suffer and it will disturb our peaceful life because of increasing crimes.  If we stop the first one, our family will suffer.  So to get a peaceful society and love from the Almighty Allah, at least divide your properties into three portions.

Care our Family and Socitey with Love


Posted at 09:40 am by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Friday, September 23, 2005
MEH BELAJAR BAHASA INGGERIS SESAMA... muehehe...


citer ni aku dpt daripada salah sowang drpd ex-coursemate aku. 


Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit 'Shut up you !!'. Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, 'shut up you' tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata 'Superman !!!' dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu. 

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata 'Ladies first' balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First.... 


Posted at 08:54 am by anak_ikan
Comment (1)  

Thursday, September 15, 2005
Syaaban dan kelebihannya

Bulan syaaban muncul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian,
Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum
arak, derhaka terhadap ibubapa.


Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban) pada tahun ini adalah bersamaan 19th September 2005 (15 syaaban 1426) .


Apa pentingnya Nisfu syaaban?

Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.


Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :

Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukankan untuknya 300
pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina,
pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.

Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)


Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan. Antaranya disebut dalam kitab-kitab :

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.

Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)


Tersebut dalam kitab A-Barokah:-
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.


Tersebut dalam kitab Iq'na:-
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka
segala pintu Syurga.


Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.

Pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:- Sehingga naik fajar subuh.

Dan katanya lagi :-
Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing). 


IMPORTANT NOTE:

Untuk makluman semua....Malam Nisfu Syaaban akan tiba pada hari Ahad malam Isnin (sebaik saja masuk maghrib), 18th September, 2005.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,    (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)

     i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

    ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

   iii)  Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &  mati di dalam iman &  pohonlah segala yang baik.
         -  Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
         -  Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.  Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa
2.     Malam Pembahagian Takdir
3.     Malam Rahmat
4.     Malam Berkat
5.     Malam Pengampunan (Taubat)
6.     Malam Penebusan
7.     Malam Syafaat
8.     Malam Penulisan
9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.    Malam Rezeki
11.    Malam Hari Raya Para Malaikat
12.    Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.

Sabda Nabi s.a.w: "Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti."  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10."   (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: "Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya."   (Hadis Riwayat Muslim)


**Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin 
ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab...

Wassalam.

Posted at 08:33 am by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Seketika Bersama Idolaku- Prof Diraja Ungku Aziz

MENUKAR PERSEPSI ORANG MELAYU

KETIKA pemimpin dan pemikir Melayu umumnya menyuarakan kepentingan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti melalui Agenda Nasional Baru menjelang tahun 2020, pakar ekonomi yang cukup dihormati Prof. Diraja Ungku Aziz
mempunyai pandangan yang sama sekali berbeza.
 
Kepada Pak Ungku, peratusan pegangan ekuiti itu bukanlah ukuran keadaan ekonomi orang Melayu yang sebenar. Apa yang lebih penting kepada beliau ialah pembasmian kemiskinan masyarakat desa yang rata-ratanya masih
jauh ketinggalan.

"Kalau kita menambahkan peratusan saham orang Melayu, masalah kita tetap tidak selesai juga,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dalam satu pertemuan di rumahnya, pagi Khamis lalu.

Wawancara itu diatur khusus untuk membincangkan tujuh perkara agenda Melayu yang dibangkitkan oleh Pak Ungku dalam ucapan balasnya selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi dari Universiti Malaya (UM),
Selasa lalu.

Dalam perbincangan itu, Pak Ungku mengupas tentang betapa pentingnya usaha meningkatkan ekonomi orang Melayu dalam lonjakan akhir menjelang Wawasan 2020 ini bermula dengan pendekatan mengubah persepsi dan
pandangan dunia mereka.

Beliau menyebut tentang pentingnya menanam semangat berusaha serta mengubah sikap orang Melayu kepada pendidikan, kesihatan, pemakanan dan amalan rasuah.

"Kalau kita dapat menyelesaikan masalah-masalah ini, insya-Allah kita akan menyelesaikan masalah utama orang Melayu,'' katanya.

Pak Ungku tidak menyembunyikan kekagumannya kepada Pendeta Za'ba yang kepadanya banyak meninggalkan buah pemikiran yang cukup bermakna, yang boleh menjadi kompas dan peta kepada orang Melayu untuk menjayakan agenda penting itu.

Beliau hanya ketawa kecil apabila diingatkan bahawa pandangan-pandangannya itu sudah acap kali disuarakannya sebelum ini termasuk dalam satu wawancara dengan majalah Mastika keluaran September 1987, kira-kira 28
bulan sebelum DEB tamat dulu.


"Buah pemikiran saya ini macam biji tasbih yang terikat pada seutas benang. Biji tasbihnya boleh berkurang atau bertambah tetapi benangnya tetap satu,'' katanya.



Bagaimanakah hendak mengisi semangat DEB yang dicetuskan semula ini?
 
UNGKU AZIZ:
Kita harus memikirkan kerangka pengisiannya. Semua masalah orang Melayu yang masih ada pada hari ini ada kaitannya dengan kaedah kita berfikir. Oleh kerana cara berfikir kita tidak betullah maka kita masih ada masalah-masalah yang sepatutnya sudah boleh diselesaikan 10 atau 20 tahun lalu.
 
Kita harus melihat konteks yang melahirkan dasar itu. DEB bukan wujud macam cendawan tumbuh di tengah padang. Ia diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan serta mengagihkan kekayaan dengan pertumbuhan. Kita harus memikirkan kerangka pengisian agenda Melayu ini dalam konteksnya. Kita harus berfikir semula dalam konteks itu.
 

Apakah yang harus kita lakukan?

UNGKU AZIZ:
Kita harus menoleh ke belakang melihat sejarah dan latar belakang DEB. Kita harus melihat semula apakah yang telah kita lakukan untuk mencapai dua matlamat itu.

Kepada saya, tidak begitu penting sama ada orang Melayu mencapai pemilikan ekuiti 18 peratus, 30 peratus atau 50 peratus sekali pun. Ini kerana orang Melayu secara umumnya masih lagi masyarakat luar bandar.

Kalau kita hendak mengayakan orang kaya di bandar, baguslah tetapi saya percaya itu bukan masalah sebenar yang kita hadapi. Kalau kita menambahkan peratusan saham orang Melayu, masalah kita tetap tidak selesai juga.

Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah menambahkan pendapatan orang Melayu secara keseluruhan terutamanya masyarakat di desa. Ini sesuatu yang tidak berjaya kita lakukan selama ini.


Bagaimana kita boleh menambahkan pendapatan mereka?

UNGKU AZIZ: Kalau kita perhatikan kenyataan-kenyataan pemimpin dalam tempoh setahun yang lalu masalah yang paling besar ialah mengubah sikap orang Melayu. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam akhbar (Khamis lalu) juga menegur sikap pelajar Melayu yang tidak berminat memperbaiki kelemahan diri.

Kita selalu mendengar rungutan dan keluhan tetapi kita masih tidak dapat melihat apakah usaha yang dilakukan untuk mengubah sikap orang Melayu. Kita tidak pernah memikirkan kemungkinan mengubah sikap dan persepsi
orang. Kita tidak memahami bagaimana orang Melayu melihat masalah yang mereka hadapi. 

Ini bukan soal apa yang saya atau Perdana Menteri fikirkan tetapi apakah yang ada dalam fikiran orang Melayu itu sendiri. Apa sebab misalnya para pelajar Melayu tidak mahu belajar tetapi lebih suka melepak? Apakah sikap mereka kepada pendidikan?

Kita harus mengubah persepsi atau tanggapan orang Melayu yang seterusnya akan menjadikan mereka seperti yang dikatakan oleh Pendeta Za'ba macam orang Cina - kiasu, aktif, gila kaya, belajar bersungguh-sungguh.

Sifat-sifat itu boleh ada pada orang Melayu sekiranya kita dapat membentuk tanggapan baru di kalangan orang Melayu terhadap keadaan dirinya dan persekitarannya. Hendak mencari tanggapan baru itulah yang harus menjadi asasnya dalam usaha kita hendak mengubah orang Melayu.

Kita harus memahami persepsi dan world view mereka sekarang dan kemudian mengubahnya secara sistematik. Kita harus membentuk satu pandangan hidup yang baru di kalangan orang Melayu, untuk melihat dunia yang baru
dengan cara yang baru.


Apakah orang Melayu belum melihat dunia baru dengan cara baru sekarang?

UNGKU AZIZ: Ada, bukan tidak ada. Akademi Fantasia adalah satu cara baru mereka berfikir. Dulu mereka tidak melompat-lompat, berpeluk-peluk dan menangis seperti sekarang. Mereka berubah cumanya ia tidak memberikan
manfaat kepada negara.

Itu sebabnya saya rasa sekarang ini kita kena memikirkan cara yang lebih konkrit, praktikal dan pragmatik untuk mengubah tanggapan orang Melayu daripada cara lama. Saya bukan hendak mengatakan orang Melayu tidak
rajin. Soalnya ialah bagaimana kita hendak menjadikan mereka lebih rajin. Apakah perubahan minda dan persepsi yang perlu dibuat?

Kita perlu memberikan fokus kepada pendidikan. Orang barangkali agak terkeliru kerana dari semasa ke semasa ada `ahli silap mata baru yang muncul dengan keajaiban baru' - tidak payah belajar tiga tahun, empat tahun lagi bagus, tidak payah belajar bahasa Inggeris, belajar dua mata pelajaran saja Sains dan Matematik boleh pandai bahasa Inggeris.

Kita kemudian tertanya-tanya kenapa orang Melayu keliru. Mereka keliru kerana tidak ada kaedah yang sistematik untuk mengubah persepsi mereka.


Bagaimana hendak mengubah sikap, pandangan hidup dan persepsi itu?

UNGKU AZIZ:
Apa yang saya katakan tadi ialah cara berfikir. Kalau kita teliti ucapan para pemimpin, mereka banyak membuat kenyataan normatif - buatlah begitu, buatlah begini. Kenyataan-kenyataan normatif ini tidak
memberikan apa-apa makna dalam mengubah perenggu minda. Ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kita harus berbalik kepada pemikiran positif iaitu menangani dunia nyata secara real. Saya rasa kebanyakan orang tidak berani dan tidak berpengalaman membuat kenyataan yang positif. 

Orang muda hari ini mencipta dunia fantasi; mereka gembira duduk dalam kepompong fantasi itu. Mereka terbuai dengan segala yang indah tetapi akhirnya jadi malas, hanya hendak berseronok-seronok dan tidak agresif
mahukan kejayaan.

Kenapa orang Melayu tidak boleh jadi seperti itu? Kita perlu mengubah orang Melayu daripada tidak kiasu kepada lebih kiasu seperti orang Cina. 


Apakah orang Melayu tidak boleh jadi seperti orang Cina?

UNGKU AZIZ:
Boleh, kenapa tidak boleh? Kelemahan kita ialah kita tidak tahu bagaimana hendak mengubah minda mereka. Saya menghabiskan masa bertahun-tahun memikirkan tentang hal ini. Lagi saya baca buku Pendeta Za'ba, lagi saya yakin bahawa semua ini bergantung kepada persepsi orang Melayu - bagaimana mereka melihat diri sendiri, masyarakat malah Allah.

Orang Melayu ada persepsi bahawa mereka boleh mengupah orang lain berdoa untuk mereka. Pendeta Za'ba mengatakan bahawa persepsi itu salah. Beliau mengatakan bahawa kita sendiri yang harus beramal. Malah beliau
dengan tegas dan berani mengatakan juga bahawa Allah tidak akan mendengar. Rasulullah juga tidak suka kepada orang yang tidak berusaha tetapi lebih gemar meminta-minta.

Dalam hendak membetulkan persepsi itu, kita harus kembali kepada Allah dan dari situ kita melihat masalah-masalah yang kita hadapi, baik dalam pendidikan, keusahawanan dan sebagainya.


Bolehkah orang Melayu berubah?

UNGKU AZIZ:
Boleh, tetapi orang mesti tahu apa yang mereka katakan dan ada pemimpin yang sangat komited untuk mengubah persepsi itu. Kalau kita hendak, kita mesti bersungguh-sungguh melakukannya.

Dalam melaksanakan semangat DEB, kita harus kembali kepada matlamat asalnya iaitu membasmi kemiskinan, bukan dengan meningkatkan peratusan pemilikan saham. Golongan desa sehingga sekarang masih berhadapan dengan masalah kemiskinan yang menyeluruh.
 

Di mana silap kita sedangkan usaha itu sudah bermula sejak tahun 1970-an?

UNGKU AZIZ:
Saya melihat ada tiga sebab kenapa usaha membasmi kemiskinan masih tidak berjaya. Pertama, kadar produktiviti orang Melayu secara relatifnya masih lagi rendah. Kalau orang Melayu dan orang Cina sama-sama bekerja selama sejam, produktiviti orang Cina hasilnya tiga hingga sepuluh kali lebih tinggi.

Malah pekerja pendatang asing tanpa izin yang tidak ada apa-apa kemahiran pun mempunyai produktiviti yang lebih tinggi. Mereka boleh dapat antara RM40 hingga RM70 sehari tetapi orang kampung termasuk graduan menganggur payah hendak raih RM400 sebulan. Kita harus bertanya apakah graduan menganggur tidak boleh bina bangunan atau mengecat rumah?

Kedua, orang Melayu terperangkap dalam sistem monopoli dan monopsony iaitu satu penjual dan satu pembeli yang menindas mereka. Sekiranya mereka menjual padi, getah atau ikan di desa kita boleh melihat kewujudan peraih Cina yang mengawal pasaran. Peraih ini tidak ke laut tetapi menunggu nelayan balik di jeti. Mereka menentukan harga, menentukan apa yang akan diperoleh oleh nelayan tadi.

Keadaan dulu dan sekarang tidak banyak berbeza. Biasanya di setiap kampung ada sebuah atau dua buah kedai runcit tempat semua orang membeli barang, dan boleh berhutang. Apabila hutang tidak boleh dibayar orang kampung menggadaikan tanah sehingga akhirnya menjadi milik orang lain.

Keadaan ini mewujudkan persekitaran yang menindas. Dalam persekitaran yang seperti ini orang Melayu yang bekerja keras pun akan berasa susah hendak naik kerana sistem itu akan sentiasa menindas mereka. 

Saya fikir kerajaan lebih peka tentang keadaan ini, dan berusaha untuk mengatasinya. Ia memperkenalkan pasar tani, misalnya. Tetapi kalau kita lihat di pasar tani sekarang ini pun orang Melayu hanya menghantar hasil jualan saja. Itu sebabnya saya katakan ini adalah satu sistem sosioekonomi yang mengekalkan golongan desa di bawah penindasan yang tidak ketara.
 

Apakah penindasan itu disengajakan?

UNGKU AZIZ:
Orang Cina bukannya isytihar ``kami mahu menindas orang Melayu'', tidak. Mereka sebenarnya melihat peluang yang orang Melayu tidak nampak. Mereka buat tanpa niat mahu merosakkan orang lain.

Orang Cina ada sikap kiasu, mahu sentiasa menang, tetapi bukannya hendak memusnahkan orang lain. Kalau orang Melayu mahu menandingi mereka, kita harus ada sikap kiasu.

Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan orang Cina. Kita harus salahkan orang Melayu. Kita mesti berbalik semula kepada apa yang ditekankan oleh Pendeta Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.


Tetapi bukankah kerajaan juga ada pelbagai program untuk mengatasi masalah-masalah ini?

UNGKU AZIZ:
Inilah perkara ketiga yang saya lihat mewujudkan kemiskinan yang berterusan di kalangan masyarakat desa iaitu fenomena terbiar. Kalau kita melihat sesetengah program kerajaan dalam bidang pertanian,
perikanan, industri kecil dan sebagainya ia hangat-hangat tahi ayam. Upacara pembukaannya meriah tetapi selepas itu orang hilang minat dan memperkenalkan program baru.

Apa sudah jadi kepada program satu wilayah satu produk (sawari) yang dilancarkan beberapa tahun lalu, misalnya? Ia baik dari segi teorinya tetapi tidak berjalan. Kita sebenarnya suka sangat kepada idea baru tetapi selepas satu tempoh kita jadi hangat-hangat tahi ayam.

Ini psikologi yang ada di kalangan mereka yang bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat. Masalah berterusan kerana kegagalan pihak berkuasa iaitu birokrat. Ini satu lagi perenggu minda yang perlu kita ubah.


Pak Ungku juga membangkitkan tentang perlunya dasar pendidikan dikaji semula. Kenapa?

UNGKU AZIZ:
Ini mungkin satu isu yang paling tengkarah (kontroversial). Dasar yang ada sekarang tebuk-tebuk, ibarat tikus membaiki labu. Sebelum ini tempoh pengajian di universiti empat tahun kemudian ditukar kepada tiga tahun dan sekarang hendak diubah semula kepada empat tahun. Saya tidak tahu apa justifikasinya. Apakah perubahan itu akan menambahkan kemahiran para pelajar kita?

Saya melihat tidak ada debat yang menyeluruh sebelum sesuatu perubahan dibuat. Saya tidak nampak komentar terhadap cadangan itu sebaliknya apabila diputuskan tukar, semua orang menurut tanpa banyak soal. Malah ada
juga kecenderungan supaya sesetengah perkara tidak dibincangkan.

Tentang dasar bahasa begitu juga. Orang Melayu mesti pandai bahasa Melayu, bukannya bahasa rojak. Kalau orang bahasanya rojak, pemikirannya juga rojak. Kita juga harus mengajar bahasa Melayu secara sistematik, macam di Indonesia. Dari segi perpaduan, saya tertanya bilakah warganegara Malaysia harus bermula dan seterusnya fasih dalam satu bahasa yang boleh difahami oleh seluruh rakyat?

Kita juga harus menguasai bahasa Inggeris demi pembangunan ekonomi masa depan. Kita harus ajar para pelajar dari awal, dan bukannya tiba-tiba menukar arah dengan menyuruh mereka belajar Sains dan Matematik. Kita perkenalkan pengajian bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik seolah-olahnya bahasa boleh dipelajari melalui dua mata pelajaran itu. Kalau hendak belajar bahasa Inggeris, belajar bahasa Inggeris - nahu, ayat dan
stailnya.

Inilah yang saya katakan tebuk-tebuk itu tadi. Pada akhirnya hamba Allah budak Melayu tadi hilang minat untuk belajar kerana tidak menguasai bahasa dan kerana kita tidak mengajar mereka cara untuk belajar. Sudahlah bahasa Melayu tidak begitu faham dan kemudian disuruh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Pengkajian semula ini mungkin mengambil masa tetapi kita mesti berani melakukannya. Ia mungkin boleh ditugaskan kepada sekumpulan pakar yang harus menyiapkannya dalam masa setahun. Mereka harus melihat dari
peringkat tadika sehingga ke ijazah kedoktoran. Sekarang ini kita seperti tikus membaiki labu.

 
Bagaimanakah Pak Ungku melihat sikap orang Melayu kepada pendidikan?

UNGKU AZIZ:
Anak muda Melayu harus ada dalam diri mereka rasa cinta kepada ilmu pengetahuan. Hidup ini muda hanya sekali dan ia harus Tetapi itu tidak bermakna apabila sudah dewasa dan tua mereka harus dipenuhi
dengan hal-hal yang berfaedah untuk bekalan masa depan. Jangan berhenti belajar. Kita harus ada ada rasa cinta kepada ilmu sepanjang hayat. Belajar, belajar dan terus belajar. Apa salahnya dengan pembelajaran sepanjang hayat?

Itu kepada saya lebih penting daripada menonton segala sampah yang ada di televisyen. Kalau hendak menonton televisyen setengah jam sehari tidak mengapa tetapi masa selebihnya harus digunakan untuk menambah ilmu.

Kita harus ada sikap cintakan ilmu sama seperti orang Cina dan Jepun. Mereka ada, orang Melayu tidak ada. Itu masalahnya. Kita harus mengubah tanggapan mereka sehingga ada minat dan kesungguhan gila hendak belajar.


Apakah lagi yang perlu diubah tentang orang Melayu?

UNGKU AZIZ:
Kesihatan sama pentingnya dengan pelajaran. Kita sekarang tidak memberikan makanan yang berzat dan seimbang kepada anak-anak. Pemakanan yang baik itu bukan saja akan mempengaruhi saiz badan tetapi lebih penting pembinaan otak.

Saya sudah suarakan hal ini berkali-kali, tentang pentingnya kita mengadakan makanan tengah hari yang seimbang di sekolah. United Kingdom ada program seumpama itu. Malah sekolah-sekolah Cina di negara ini pun ada program yang sama.

Apakah kita tidak boleh adakan program seperti itu? Apakah kita terlalu miskin? Lihatlah bangunan-bangunan yang kita bina. Kita bukan miskin tetapi kita akan jadi miskin sekiranya tidak berjaga-jaga.

Kita boleh lakukan program ini kerana ia bukannya mahal. Apa yang penting ialah pengurusan yang baik. 


Secara khususnya, apakah perangai orang Melayu yang harus diubah kalau kita mahu menjayakan agenda pembangunan bangsa ini?

UNGKU AZIZ:
Orang Melayu harus ada semangat berusaha. Kita harus mengubah orang Melayu menjadi rajin sama seperti orang Jepun dan Cina. Kita harus menyelesaikan masalah usahawan Melayu yang tidak begitu rajin dan tekun supaya mereka boleh berjaya dalam persaingan.

Peniaga Melayu juga kurang perkasa dan berani menanggung risiko. Ini masalah orang Melayu yang sangat besar. Orang Melayu harus ada sikap berani menanggung risiko. Mereka bukan takut sebenarnya tetapi tidak bersedia.

Tetapi bak kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Mesti berani. Lihat saja peniaga Cina yang berani naik dan turun. Saya percaya dalam setiap seorang peniaga Cina yang berjaya ada berpuluh-puluh lagi yang tidak. Tetapi mereka tidak henti-henti berusaha.


Dalam ucapan di UM itu, Pak Ungku turut membangkitkan soal rasuah.

UNGKU AZIZ:
Ini satu lagi persepsi orang Melayu yang harus diubah. Orang Melayu kalau makan rasuah dia rasa tidak berdosa. Orang Melayu mesti ada rasa berdosa. Akibatnya rasuah menjadi lumrah dan merebak seperti
barah sehinggakan orang tidak sedar mereka melakukan rasuah.

Kita harus mula menekankan kepada orang Melayu bahawa rasuah itu satu dosa. Tidak kiralah dosa kecil atau besar, pokoknya ia satu dosa. Rasuah, kecil atau besar, berdosa.


Apakah jalan keselamatan yang ada bagi orang Melayu?

UNGKU AZIZ:
Kalau pemimpin berjaya memulakan trend perubahan tanggapan atau perenggu minda, saya yakin ia akan meningkat dan berkembang dengan menyeluruh. Ini sama macam hendak naik basikal; mula-mula payah sedikit tetapi kemudian ia lajak sendiri dan laju.


Tetapi kita selalu dengar tentang keluhan termasuk di kalangan pemimpin tentang sukarnya menukar sikap orang Melayu.

UNGKU AZIZ: Kalau kita terus mengatakan susah, ia akan jadi susah. Ini bergantung kepada persepsi kita sendiri. Kalau kita yakin boleh berjaya, kita boleh berjaya.


Senang atau susah sebenarnya menukar sikap orang Melayu?

UNGKU AZIZ:
Kita tidak pernah berbincang tentang usaha mengubah sikap orang Melayu. Apa yang selalu kita dengar ialah kesukaran hendak mengubahnya. Kalau kita selalu penuh dengan negatif, ia akan jadi negatif.

Kalau sebahagian besar pemimpin Melayu bersetuju bahawa perlu ada perubahan dan jelas tentang perubahan yang harus dilakukan, tidak susah melakukannya.

Apa yang penting mereka juga harus bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang pasti berbangkit sepanjang usaha itu. Cabaran-cabaran itu maksud saya ialah keengganan orang untuk menerima perubahan.


Dalam fikiran orang Melayu sekarang tertanam tanggapan orang lain kononnya lebih baik. Sesetengah mereka mungkin ada rasa rendah diri.

UNGKU AZIZ: Saya setuju. Perasaan rendah diri itu sudah menyerap sebati dalam diri mereka. Apa yang harus kita lakukan sekarang ialah mengubah tanggapan mereka tentang kemampuan diri sendiri.

Kita bukannya hendak orang Melayu memiliki superiority complex atau keyakinan yang berlebihan sehingga memperkecil-kecilkan orang lain. Kita hanya perlu meningkatkan keyakinan diri orang Melayu. Kita harus ingat
pesan Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.


Kenapa orang Melayu tidak kiasu?

UNGKU AZIZ:
Itulah yang telah disuarakan oleh Za'ba. Beliau telah melihat keadaan ini sejak tahun 1920-an lagi. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang mengupas tentang keadaan ekonomi orang Melayu. Pemikir-pemikir Melayu lain ketika itu menuduh orang Melayu malas tetapi Za'ba menunjukkan kerana kemiskinanlah orang Melayu jadi begitu.

Itu sebabnya kita harus memberikan orang Melayu peluang kerana pada asasnya mereka handicap, padang permainannya tidak rata. Ini demi keadilan.


Itulah persoalan yang dibangkitkan bukan saja oleh orang bukan Melayu malah sesetengah orang Melayu. Mereka merasakan semangat DEB itu tidak adil malah menjejaskan maruah orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu. Dalam masalah kesihatan misalnya, kalau fizikal tidak kuat dan mental tidak peka kerana tidak mendapat pemakanan yang berzat dan seimbang akibat kemiskinan,
bagaimana orang Melayu hendak berjaya?

Itu sebabnya kita memerlukan affirmative action ini, jika tidak akhirnya orang Melayu akan mengalah. Saya melihat adalah sesuatu yang sangat mustahak untuk kita ada dasar ini demi survival orang Melayu. 


Ada orang merasakan lagi dibantu, lagi orang Melayu akan lebih bergantung dan malas.

UNGKU AZIZ:
Sindrom subsidi? Kita mesti membezakan antara sindrom subsidi dengan affirmative action. Subsidi seperti cek kosong yang diberi percuma adalah sesuatu yang bodoh sebaliknya tanpa affirmative action orang Melayu tidak akan dapat naik.

Ini kerana orang Melayu sudah terkebelakang sejak beratus-ratus tahun dulu. Apabila datang penjajah dan orang Cina handicap orang Melayu bertambah. Sekiranya orang Melayu tidak dibantu mereka akan hilang keyakinan
dan tidak percayakan diri sendiri. Dalam minda mereka akan sentiasa merasakan tempat mereka hanya di bawah daripada orang lain.
 

Kita menerima ini sebagai isu nasional. Adakah keterlaluan kita mengharapkan orang bukan Melayu sama-sama menggerakkan agenda ini?

UNGKU AZIZ:
Ini memang isu nasional tetapi kepada saya, hanya orang Melayu saja yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain melakukannya untuk kita.

Ini terpulang kepada orang Melayu sendiri.


Apa akan jadi sekiranya masalah-masalah ini tidak dapat ditangani dan persepsi orang Melayu tidak dapat diubah dalam masa lima tahun akan datang?

UNGKU AZIZ:
Kalau tidak berubah akhirnya orang Melayu akan tertimbus oleh kuasa lain, dalam kes ini orang Cina yang akan menelan segala-galanya. Apa yang saya suarakan ini adalah masalah-masalah utama orang Melayu. Kalau kita dapat selesaikan masalah ini, saya percaya kita boleh melihat kesan perubahan yang cukup besar di kalangan orang Melayu.


Apakah kekuatan yang ada untuk kita melakukan perubahan ini?

UNGKU AZIZ:
Alhamdulillah, penyelenggaraan kewangan negara sekarang tegap, tetap dan teguh. Ini memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat. Saya tidak hendak memberikan gambaran bahawa semuanya tidak kena dengan
orang Melayu, tidak semuanya negatif. Kedudukan ekonomi negara adalah sesuatu yang positif.

Kalau dibandingkan dengan keadaan serantau dan dunia, keadaan ekonomi negara ini agak stabil. Tetapi dalam pada itu kita harus juga berhati-hati dengan cabaran dan persaingan serta keadaan ekonomi kuasa-kuasa besar. Kita harus selalu ingat di mana gajah menari, di situ kancil harus berhati-hati.


Posted at 08:14 am by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Monday, September 12, 2005
~ Koleksi Mutiara Kata ~

Peeewitttt... welcome backkkk.... nih aku hader himpunan mutiara kata untuk dikongsi bersama.  Sumer ni aku dpt drpd internet lerrrrr... sajer nak share ngan korang... manalah tahu kot˛ mutiara kata ni leh menaikkan semangat korang. Insya-Allah...


"Sahabat sejati adalah sahabat yang suka berkata benar, bukannya sahabat yang membenarkan kata˛ sahabatnya."

"Kuatkan semangat dalam menempuhi apa jua cabaran dan rintangan.  Jika ada impian, jangan takut untuk merealisasikannya.  Berusahalah sehingga ia berada di genggaman."

"Walaupun kita tidak dapat menjadi seekor paus yang menguasai lautan luas, tapi cubalah untuk menjadi seekor sepat yang digeruni di sebatang sungai yang cetek airnya."

"Kita tidak kalah jika berada di bawah, tetapi kita akan kalah senadainya kita tidak bangun kembali setelah tersungkur."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya, dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."

"Jadikan diri anda seorang yang melihat, berfikir dan tahu menilai atas sesuatu kejadian untuk terus berfikir dan menginsafi diri agar menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang."

"Luangkanlah masa untuk memahami hati & perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, ada rasa sedih & kecewa, dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.  Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.  Siapa tahu???"

            

"FRIENDSHIP is not how u 4-get but how u 4-give,
not how u listen but how u understand,
not what u c but how u feel,
and not how u let go but how u HOLD ON."

Bila mata bertemu mata
akan mula rasa kasih sayang,
Bila hati bertemu hati
akan mula terasa sayang,
Bila dahi bertemu sejadah,
akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Simple BYE make us CRY,
Simple JOKE make us LAUGH,
Simple CARE make us FALL IN LOVE,
Simple TOUCH make us feel BETTER,
but... I hope my simple 'HI' will
make you SMILE... :)
 

"Jadilah kamu bersama manusia laksana pokok buah-buahan, mereka baling kamu dengan batu dan kamu tetap gugurkan buah kepada mereka."  ~ (Hassan Al-Banna) ~

"Apa yang boleh kita harapkan daripada kebahagiaan rumahtangga jika kita hanya membuat persediaan rapi dari segi kebendaan sebelum berumah tangga tetapi tidak dari segi ilmu...??"

"Kita tidak boleh menganggap bahawa orang sentiasa menerima kita.  Masalah akan timbul dalam sesuatu hubungan apabila individu itu mendesak pasangannya menerima dirinya dan meletakkan dirinya sebagai seorang yang paling penting."




Posted at 02:33 pm by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Monday, August 01, 2005
Bila lembu & ayam berchatting...

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah
panggil aku MAK!


Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


Ahaksssssssssssss....

Posted at 03:22 pm by anak_ikan
komen arr skit!!!  

Next Page

   


Apa menarik dalam Berita Harian? ..jom baca ...

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan


Baca Lagi ...

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi, kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"







*HUGS* TOTAL!
give ANIS more *HUGS*

Get hugs of your own





Favourites links:- •
  • *llia
  • *lylynn@llia
  • *izza
  • *nurdia
  • *balqis
  • *rumah pitt
  • *luv
  • *dorez
  • *dakkap
  • *pinkelephant
  • *ladydaisy
  • *cik anni • •
  • *DESUMPITTFORUM
  • *anjung cafe
  • *malaypark
  • *resepi 1
  • *resepi 2
  • *forum artis melayu
  • *background

    HaBaQ KaT KaWaN

    Nama Anda:
    Alamat E-mail Anda:

    Alamat E-mail kawan anda:


    .





















    TéRiMá KáSiH DäUn KëLĺDi, ăDă MŕSŕ DâTâNg LăGi...™


  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter


    rss feed